MENGENAI BLOG

Bismillah, 

Kepada semua pengunjung blog pemburu ilmu, ini merupakan blog peribadi yang dikendalikan oleh Haydenz (nama pena). Sebelum ini, aku ada buat blog sekitar tahun 2015 macam tu. Masa tu aku masih sekolah menengah. Pemikiran pun belum matang lagi dan aku menulis ikut tekak aku sahaja tapi alhamdulillah ada la beberapa artikel aku yang dapat trafik tinggi. Tapi blog tu aku dah delete pun sebab aku rasa macam nak start over from basic. Inilah blog yang aku nak start balik.

Walaupun nama blog ini macam terlalu falsafah atau islamik (whatever yang kau orang rasa), tapi content yang aku bagi ini santai dan mudah difahami. Kenapa? Sebab ini blog peribadi, aku bukan buat untuk business. Kalau kau orang nak bahan bacaan formal bukan ini tempatnya. The Edge Markets, The Sun, Free Malaysia Today dan banyak lagi platform lain ada sediakan bahan bacaan yang lebih lengkap. Konsep dia sama macam buku la, novel ada cara penulisan dia, buku indie ada cara dia, surat khabar ada cara dia. 

Blog ini aku akan buat random topic tapi tak semua topik aku akan cover. Aku hanya cover mengikut bidang kepakaran aku. So, tiga topik yang aku cover setakat ini ialah kewangan, teknologi dan politik. Sekali lagi aku tegaskan, aku bukanlah pakar yang sebenar untuk tiga topik ini tapi aku ada sumber untuk dirujuk jika perlu.

Oh ya, kalau kau orang nak lepak dekat blog aku ni sambil dengar lagu, tekan je dekat bucu kiri atas ada butang play music tu. Aku dah sediakan playlist. Tapi kalau rasa playlist aku bagi tak kena dengan jiwa, buka jela playlist kau orang sendiri.

DISCLAIMER: Blog peribadi ini merupakan pendapat peribadi aku sahaja. Aku tidak bekerja dan dibayar oleh sesiapa. Kena buat disclaimer takut orang kata aku paid review la, JKOM la apa la.

Popular Posts