" Gaji bulan ni kau simpan ke labur ? "
" Aku simpan je la kot. Lagi selamat. Bukan boleh percaya labur-labur ni. "
Berikut mungkin merupakan konteks atau perbualan yang akan berlaku apabila telah menerima gaji atau apa-apa sumber pendapatan. Dua dilema sama ada untuk menyimpan atau melabur. Ramai yang mengambil langkah selamat dengan menyimpan di bank. Tetapi percaya atau tidak, menyimpan juga ada risiko tersendiri. Lebih-lebih lagi kita hidup dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi seperti inflasi. Setakat artikel ini ditulis, inflasi di Malaysia mencecah 4.4%. Jika di Eropah, inflasi telah mencapai angka 9% di mana ia sangatlah membimbangkan. Jadi dalam artikel ini kita akan tengok apa beza simpan dan labur. Apa pro & cons kedua-dua ini terutama dalam situasi ekonomi tidak menentu ini.
APA ITU SIMPANAN ?
Simpanan atau savings adalah simpanan lah. Nak explain macam mana lagi? Ok gurau je. Basically, yang kau orang deposit duit dekat bank rimau ke sotong ke, itulah saving atau simpanan. Selagi mana kau orang tak keluarkan duit dari bank tu, selagi tu la simpanan tu masih berada di situ. Once dah keluarkan duit, jadi simpanan tu akan berkurang la. Biasanya kalau buka akaun simpanan Islamik, hujung bulan atau tahun mesti ada hibah. Tu boleh consider sebagai faedah atas simpanan la walaupun secara teknikalnya bukan. Hibah dekat Maybank dengan Bank Islam aku biasanya dapat berapa sen je. Kau orang pun sama juga la kot.
APA PULA PELABURAN ?
Kalau tadi kau orang masukkan duit dalam bank dipanggil sebagai simpanan. Kali ni kau orang ada duit lepas tu pergi kaunter BSN cakap nak masuk dalam ASB. Itu dipanggil pelaburan. Actually, banyak lagi contoh pelaburan lain selain ASB cuma ASB paling common la. Antara contoh tempat pelaburan lain seperti saham, emas, komoditi, hartanah dan lain-lain. Tujuan utama pelaburan untuk mengembangkan aset. Contohnya kita ada RM5,000 dan kita laburkan dengan harapan wang tadi berkembang (lebih RM5,000 selepas labur). Untuk instrumen pelaburan, aku akan buat artikel lain sebab takkan nak buat panjang berjela kan. Siapa nak baca?
KELEBIHAN SIMPANAN DAN PELABURAN
Kita mulakan dengan yang indah-indah la. Kalau untuk simpanan, sudah pasti duit kita selamat. Selagi mana kita simpan di tempat yang betul yakni bank. Kalau simpan dekat rumah tak selamat jugak kan. Tapi kalau simpan di bank pun ada je rasa nak withdraw lagi-lagi Shopee/Lazada buat sales. Tergugat jugak lah iman. Sekarang nak withdraw pun tak semestinya kena pergi ATM, transfer masuk ke ShopeePay, TNG E-Wallet dan lain-lain. So peratusan nak withdraw tu tinggi melainkan kau orang ada disiplin kewangan yang utuh.
Untuk pelaburan semestinya kita punya duit boleh berkembang. Instead of kita makan gaji, ada yang laburkan hasil duit simpanan. Ada yang dapat kembangkan sehingga dua ke tiga kali ganda dari modal asal. Siapa taknak kan? Ini orang panggil passive income. Biar duit bekerja untuk kita. Melabur ni sekarang pun dah senang. Dulu nak masuk duit dalam ASB kena beratur dekat kaunter. Sama juga kalau Tabung Haji. Sekarang semua di hujung jari je. Most of unit trust dah ada aplikasi sendiri dan tak perlu lagi pergi ke kaunter atau pejabat.
KEKURANGAN SIMPANAN DAN PELABURAN
Setiap perkara ada kekurangan. Mana ada perkara yang sempurna di dunia. Untuk mencari kekurangan simpanan ni aku kena buat sedikit pembacaan. Secara ringkasnya, simpanan akan bermasalah apabila inflasi meningkat. Contohnya kita ada simpanan RM1,000 dan andai kata 1% faedah simpanan. Pada tahun berikutnya kita ada RM1,010. Nak dijadikan cerita, inflasi sekarang berada pada kadar 2%. Ini bermakna kita memerlukan RM1,020 untuk mendapatkan kuasa beli (buying power) yang sama semasa simpanan dibuat. Nak dimudahkan pemahaman, nilai wang tu tidak sama lagi bila berlaku inflasi. Kenapa jadi begitu? Sebab wang dalam simpanan tidak berkembang. Inflasi terus meningkat tetapi faedah atas simpanan tidak berubah atau mungkin dikurangkan (hukum ekonomi).
Kekurangan pelaburan pula lebih kepada risiko. Anda sanggup untuk rugi tak? Ada yang pernah rugi besar dalam pasaran saham, kripto, forex dan lain-lain. Rugi ni pulak bukan sesuatu yang kita boleh jangka (teknikalnya boleh jangka). Kadang-kadang ada berita yang kita tak sempat pun nak anticipate kesan dia kepada pelaburan kita. Contohnya konflik Rusia-Ukraine, kadar inflasi, kenaikan rizab negara, pergolakan politik dan lain-lain. Kalau anda baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, inilah perkara yang anda perlu perhatikan. Rugi itu pasti, untung itu rezeki.
KESIMPULAN
Simpanan dan pelaburan, kedua-dua perlu dilakukan secara seiring. Nak melabur kena ada simpanan dulu. Simpanan pun tak boleh dibiarkan kosong. Kena ada sekurang-kurangnya 10% untuk kecemasan. Ini tak termasuk duit untuk perbelanjaan harian atau bayaran bulanan (rumah, kereta, hutang pendidikan, dll). Oleh itu rancang kewangan anda sebaik mungkin. Untuk melabur tak perlu kena tunggu ada RM5,000, RM10,000 atau RM100,000. Start small. Itu yang aku buat. Kalau kau orang pelajar dan takde komitmen, usahakan untuk mula melabur. Melabur untuk melawan inflasi.
Sekian.
Nota kaki: Inflasi merujuk kepada lambakan wang dalam pasaran. Harga barang dan kadar faedah dinaikkan kerana peningkatan money supply dalam pasaran (bahasa mudahnya semua orang ada duit). Sedikit demi sedikit, mata wang semakin turun nilainya. Contoh: Pada 90-an dengan RM50 kita boleh dapat satu troli, sekarang RM50 satu bakul di Speedmart pun tidak lepas.
Sumber:
1. https://www.investopedia.com/articles/investing/090715/how-inflation-affects-your-cash-savings.asp
2. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/08/29/malaysia039s-inflation-rises-44-in-july
3. https://www.cnbc.com/2022/08/31/euro-zone-inflation-hits-another-record-of-9point1percent-as-food-and-energy-prices-soar.html
Comments
Post a Comment